Monday, August 8, 2011

MODEL PENGAJARAN



Konsep Model
1.        Ragam, cara, fesyen, jenis dan reka bentuk tertentu sesuatu barang yang dikeluarkan.
2.        Barang tiruan yang sama bentuk dan rupanya yang asal tetapi lebih kecil.
3.        Peragawan @ peragawati.
4.        Seseorang atau sesuatu yang dijadikan contoh (untuk ditiru @ diteladani).

Konsep Pengajaran
Adalah satu proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri Pengajaran
1.    Merancang
2.    Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran.
3.    Memilih strategi pengajaran.
4.    Menetapkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5.    Menilai kabarkesanan sesuatu pengajaran.
6.    Pengajaran berkait rapat dengan pembelajaran.
Konsep Pembelajaran
Diertikan sebagai satu proses perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman atau latihan yang berulang.
Proses P&P dikatakan berkesan jika murid-murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang di ajar oleh guru dengan sepenuhnya,

Model Pemprosesan Maklumat.
*            Telah dikemukakan oleh Robert M.Gagne.
*            Merupakan satu teori bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam proses P&P.
*          Mengikut teori ini, rangsangan-rangsangan daripada persekitaran luaran akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.
*            Maklumat-maklumat yang diterima ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek dalam otak manusia.
*            Selepas ditafsirkan, maklumat ini akan dihantar ke stor ingatan jangka masa panjang dalam otak manusia.
*            Daripada stor ingatan jangka panjang, maklumat ini akan dihantar ke pergerakan tindak balas melalui sistem saraf dalam badan manusia.
*            Terdapat 2 kompenen dalam model ini iaitu :
ü   Ekspositori.
ü   Inkuiri.

Ekspositori

*            Bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci.
*            Dalam ekspositori, peranan guru adalah sebagai penyampai maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid dalam bilik darjah.
*            Pengajaran ekspositori berasaskan cara penyampaian pengajaran guru melalui kaedah-kaedah penerangan, bercerita dan demonstrasi.
*            Dalam proses ini, guru akan memberi penerangan terlebih dahulu. Murid-murid mendengar dengan teliti sehingga mereka memehami dan mengingatinya atau merekodkan isi-isi penting dalam buku latihan mereka.
*            Guru boleh menggunakan pengajaran ini untuk menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip atau teorem-teorem matematik.
*            Beberapa contoh cara penyampaian bahan pengajaran guru dengan menggunakan ekspositori ialah seperti berikut :
*            Merancang dan menginterpretasikan serta menghurai idea-idea dan konsep dalambuku teks.
*            Menerangkan sambil mendemonstrasikan cara-cara dan mmelukis dan membina bentuk-bentuk geometri.
*            Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari.
*            Menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan alat bantu mengajar.
Inkuiri

*            Pendekatan ini berasaskan konsep penyelesaian masalah megikut langkah-langkah yang logikal dan sistematik.
*            Inkuiri didefinasikan sebagai satu peroses mencari ilmu pengetahuan atau kebenaran melalui proses menyoal.
*      Manusia biasanya akan membuat pemikiran inkuiri daripada lahir hingga mati.
*            Langkah-langkah dalam pendekatan inkuiri ialah seperti berikut :
ü   Menyenaraikan satu masalah pembelajaran
ü   Membentuk satu hipotesis mengenai masalah pembelajaran tersebut.
ü   Mengumpul data dari pelbagai sumber elektonik dan bukan elektonik.
ü   Menilai semula bukti mengenai masalah tersebut secara terperinci.
ü   Membentuk satu kesimpulan terhadapa masalah pembelajaran tersebut.
ü   Pendekatan ini berujuan untuk menolong murid-murd membuat penaakulan supaya mereka menjadi lebih cekap dalam menanya soalan, membina konsep, membuat hipotesis serta menilainya.

0 comments:

Post a Comment