Monday, July 11, 2011

TEORI PEMBELAJARAN


Satu lagi alat yang boleh digunakan untuk memahami proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih mendalam adalah melalui teori. Teori boleh diertikan
sebagai satu set prinsip dan definisi (Kerlinger, 1986, as cited in Noriati, Boon &
Sharifah Fakhriah, 2009). Sehubungan dengan itu, dengan berbekalkan fahaman yang
mendalam tentang satu-satu teori, maka individu mampu menghasilkan satu cara
penyelesaian yang baru yang kreatif dan berinovasi semasa menghadapi masalah
sesuatu fenomena.

Seperti yang telah anda ketahui, pembelajaran adalah merupakan satu proses yang
melibatkan pemikiran (kognitif), emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang
akan mengakibatkan perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan
pandangan seseorang individu (Ormrod, 1995). Dengan erti kata lain, pembelajaran
sebenarnya ialah satu proses yang memberi tumpuan kepada ‘belajar’ yang mampu
membawa perubahan menyeluruh kepada seseorang individu.

Oleh itu, bagaimana kita boleh mengaitkan teori dengan pembelajaran? Bagaimana
pula teori pembelajaran boleh membantu kita sebagai individu atau sebagai guru,
khasnya? Sebenarnya, teori pembelajaran ialah penjelasan tentang cara manusia dan haiwan
belajar (Noriati, Boon & Sharifah Fakhriah, 2009). Teori pembelajaran berusaha untuk
menjelaskan cara manusia belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah
pembelajaran. Di samping itu, ahli-ahli psikologi pendidikan telah mengkaji bagaimana
pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori.


Pendekatan Behavioris memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan
(secara nyata atau tidak nyata) dan pengaruhnya terhadap perubahan tersebut. Teori
ini diwakili dengan perkataan Rangsangan- Gerak balas (R-G).

Beberapa tanggapan ahli-ahli behavioris termasuklah :-
i. Sebahagian besar daripada tingkah laku manusia dipengaruhi oleh rangsangan
(R) dari persekitaran,
ii. Pembelajaran ialah hasil dari kejadian yang boleh diperhatikan
iii. Pembelajaran melibatkan perubahan tingkah laku
iv. Pembelajaran akan berlaku apabila rangsangan dan tindak balas berlaku dalam
masa yang dekat
v. Proses mental diabaikan dalam bilik darjah behavioris
vi. Prinsip pembelajaran adalah sama merentas semua spesis.

Antara contoh teori pembelajaran behavioris yang boleh diperhatikan ialah
i. loceng yang berbunyi di sekolah untuk menandakan pertukaran waktu, rehat
atau balik.
ii. cara murid mengumpul buku latihan selepas dilatih oleh guru
iii. individu yang fobia selepas mengalami sesuatu kejadian yang menakutkan
iv. sitcom televisyen yang menyebabkan penonton ketawa walaupun tidak lucu.



Konsep-konsep penting dalam Pelaziman Klasik

Rangsangan
Rangsangan nuetral: Semua objek, perkara atau peristiwa yang tidak ada hubungan
langsung dengan diri kita, oleh itu tiada respon dari kita.

Rangsangan semulajadi: Semua objek,perkara atau peristiwa yang ada hubungan
semula jadi, maka respon semula jadi akan diberikan

Rangsangan terlazim: Rangsangan yang terhasil apabila rangsangan nuetral
digabungkan dengan rangsangan semulajadi untuk menghasilkan gerakbalas yang
serupa dengan rangasangan semulajadi Gerak balas

Gerakbalas semulajadi (juga dikenali sebagai gerakbalas pantulan): dimiliki oleh
semua organisma yang mempunyai siatem saraf. Contoh, air liur yang meleleh apabila
melihat makanan yang enak, kelipan mata apabila terdapat gangguan.

Gerakbalas terlazim: Gerakbalas yang berlaku hasil dari rangsangan terlazim

Teori Pavlov


Bagi Pavlov, minda manusia adalah seperti ‘kotak hitam’ yang tidak boleh dibuka; yang
hanya boleh kita perhatikan ialah rangsangan yang masuk dan gerak balas atau
respons yang keluar sebagai reaksi kepada rangsangan.
Pelaziman klasik (classical conditioning) ialah sejenis pembelajaran yang berlaku
apabila organism dapat membuat perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral
dengan rangsangan semulajadi. Pavlov melakukan eksperimen dengan anjingnya.


Terdapat 3 tingkahlaku yang boleh dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik.

Penghapusan (extinction)
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim (conditioned stimulus) diberikan
berulang kali tanpa rangsangan semula jadi (unconditioned stimulus). Dalam erti kata
ujikaji di atas, loceng dibunyikan tanpa makanan. Penghapusan melibatkan proses
melemahkan gerak balas terlazim dengan meniadakan rangsangan semulajadi.
Contohnya perasaan takut terhadap guru mata pelajaran dan guru matematik boleh
dikurangkan sekiranya pelajar tersebut mendapat guru matematik yang memahami
kelemahannya, pandai menggunakan strategi dan kaedah P& P yang sesuai.

Generalisasi
Generalisasi berlaku apabila organism mengaitkan rangsangan terlazim dengan bunyibunyi
lain yang seakan-akan serupa. Contohnya, anjing akan tetap melelehkan air liur
sekiranya anjing tersebut mendengar bunyi wisel yang hampir sama dengan bunyi
loceng. Hal ini kerana telah berlaku pemindahan pembelajaran (Noriati, Boon &
Sharifah Fakhriah, 2009). Ini juga bermakna, pelajar yang takut kepada guru matematik
yang tegas, juga akan menjadi mempunyai fobia terhadap matematik dan pelajaran
matematik

Diskriminasi
Diskriminasi berlaku apabila organisma hanya member respons atau gerak balas
tertentu sahaja. Contohnya, anjing tidak akan member gerakbalas kepada bunyi lain
selain dari bunyi loceng. Bunyi-bunyi lain selain dari bunyi loceng ialah rangsangan
neutral.


Berdasarkan ini, Thorndike telah memperkenalkan Tiga Hukum Pembelajaran.

1. Hukum Kesan:
Sesuatu gerak balas yang dikuti dengan kesan yang menyeronokkan dan
memuaskan akan menyebabkan gerak balas tersebut diulang. Namun, sekiranya
berlaku kesan yang tidak memuaskan, maka gerak balas tidak akan diulangkan.
Dengan kata lain, Hukum Kesan mengatakan guru hendaklah menyediakan
suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada rasa berjaya. Sekiranya guru
tidak kedekut dengan pujian, pelajar akan berasa puas hati dan gembira.

2. Hukum Latihan
Hukum Latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan
mengulang dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak dipelajari atau
diulangi. Oleh itu, hubungan R-G yang positif boleh diperkukuhkan sekiranya dibuat
berulang kali. Sebaliknya, hubungan R-G akan menjadi lemah jika tidak diulangi.
Dalam situasi bilik darjah pula, hukum ini menggalakkan guru-guru memberi latihan
dalam perlbagai bentuk, latihtubi dan mengaplikasikan kemahiran dengan lebih
kerap

3. Hukum Kesediaan
Hukum ini memberi perhatian kepada kesediaan organisma dari segi kognitif
(pengetahuan lepas), afektif (perasaan, kecenderungan dan minat) dan psikomotor
(fizikal). Bagi Thorndike, sekiranya tiada persediaan yang mencukupi akan
membawa kepada kekecewaan.
Contohnya,
Pelajar bersedia, guru bimbing dengan baik → kesan positif pada pelajar,
pembelajaran berlaku
Pelajar bersedia, tiada bimbingan dari sesiapa → kesan negatif pada pelajar,
pembelajaran tidak berjaya
Pelajar belum bersedia, dipaksa untuk belajar → kesan mengecewakan,
pembelajaran tidak berjaya.

Oleh itu, mengikut hukum ini, guru perlu memastikan pelajar ada kesediaan yang
diperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran. Pelajar
boleh mengikuti pembelajaran dengan baik dan akan mencapai kejayaan sekiranya
perkara yang dipelajari selaras dengan keupayaan mereka.

0 comments:

Post a Comment